SISTEM TULISAN JAWI & SISTEM TULISAN ZA'BA

contoh aksara Jawi

Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di


 Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu menunjukkan pengaruh 

Islam di Tanah Melayu. Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah 

wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara

 langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal 

dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam 

sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara 

Brunei dan digunakan meluas di Malaysia.

 

        Skrip tulisan Jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian 

dan tambahan. Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip 

Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melaui 

empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan 

keadaan dan keperluan semasa.

 

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera 

bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan

 bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai 

dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi 

menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang 

kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakan pencipta 

sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

 

CIRI-CIRI SISTEM TULISAN JAWI

1. Ligatur

2.Aksara-aksara bersambung dan mempunyai titik serta baris

3. Bertindan secara menegak



                                                                                 sistem tulisan za'ba

                

                Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas,

Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada  16 September 1895. Beliau merupakan

seorangsasterawan dan pemikir Melayu berketurunan Bugis dan Minangkabau serta

seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan hampir 40 tahun aktif dalam

kegiatan penulisan dan penterjemahan.

                Sistem ejaan Za’ba merupakan hasil daripada Zainal Abidin Ahmad,sasterawan

bahasa Melayu di Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim,pada tahun 1924.

Sistem Ejaan Za'ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa

Melayu yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 dan telah tersiar

dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949.  Sistem sedia ada iaitu sistem

ejaan Wilkinson mempunyai beberapa kelemahan menyebabkan sistem ini wujud untuk

memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.


                Sistem ejaan ini juga telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa

beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan

Pejabat Karang Mengarang SIT seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I (1926),

Pelita Bahasa Melayu Penggal I (1941) dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi)(1949).

            Sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia,

sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972. Selain itu, sistem ejaan Za’ba juga

telah digunakan sebagai 'Ejaan Sekolah' yang sebenar. Dalam sistem ejaan ini dikatakan

mempunyai pengaruh transliterasi huruf Arab ke huruf Rumi dan telah menyebabkan banyak

kelemahan yang dapat dikesan serta tidak tetap atau konsisten yang menganggu pengguna

Bahasa Melayu.


CIRI-CIRI SISTEM TULISAN ZA'BA


1.     Tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ia hanya melambangkan

bunyi- bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang digunakan dalam

Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.

2.     Za'ba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang

atau pendek bunyi bagi mana-mana grafem vokal dalam sistem ejaannya.

3.     Dalam penggunaan partikel <pun> dalam sistem ejaan mestilah dipisahkan.

Contoh, adapun dan atau pun

4.     Terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi-bunyi

yang terdapat dalam bahasa Melayu.

5.     Setiap perkataan yang dieja adalah dengan berdasarkan bunyi. Dalam sistem

ejaan ini juga mempunyai tiga bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai huruf "bunyi

berkait" iaitu bunyi-bunyi <ai>, <au> dan <oi>.

6.     Grafem dan tanda-tanda baru telah digunakan untuk mencukupkannya.

Misalnya, dalam rumi <ng>, <ny>, <ch>, <kh>,<sh>, <tha>, <gh>, <dha>,<dz>,   

dan tanda-tanda seperti <'>, <'> adalah untuk melambangkan bunyi-bunyi

yang,dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi seperti a'in dan hamzah.




DISEDIAKAN OLEH;

DIYANAH & DITZY

 

 

 

 

 

 

         




  


 

Comments

Popular posts from this blog

BAHASA MELAYU MODEN